Kawan? kawan ke yang mengutuk kawan baik sendiri dekat orang lain?
Kawan? Kawan ke yang talam dua muka sendiri sampai talam basi lagi elok dari muka kau.
Kawan? kawan ke yang lag pentingkan partner or couple dari kawan sendiri?
Kawan? kawan ke yang pentingkan diri sendiri?
Kawan? kawan ke yang cari kita bila susah, bila senang lupakan macam tu je?
Saya ada ramai kawan, dan kawan kawan saya bermacam perangainya. Ada yang baik, cantik dan sebagainya. Perkara dekat atas tu ada pada ciri ciri kawan saya. Sama ada perempuan mahupun lelaki. Dekat sini bukan nak mengutuk atau menjatuhkan maruah mereka, tidak sama sekali tapi ingin meluahkan perasaan seorang heart breaker seperti saya. Dah lah heart breaker, ada pula kawan sebigini macam, memang hancur luluh patah beberibu lah. kawan mengutuk kawan sendiri? oh ada pada ciri ciri kawan saya. DIA bukan mengutuk saya tetapi DIA mengutuk kawan saya dan kawan DIA sendiri. itu dinamakan kawan? itu dinamakan bestfriend? depan kawan DIA memang berperangai sangat baik, seperti malaikat baiknya, tetapi dibelakang kawan DIA? k tak nak cakap lah. kawan talam dua muka? itu sudah biasa di dengar. dengan kawan kata kita kawan, tetapi bila dengan kawan yang lain kata lawan. apakah? kawan? hmmm. Kawan sekarang hanya ingin berkawan di sekolah sahaja. Apabila keluar sahaja di luar pagar, perangai kawan kita itu boleh berubah dengan sekelipnya. Apakah? setan manakah mengubah sikap awak? Saya banyak kali mendengar kawan sendiri kutuk kawan di facebook? apakah? jadi kawan, sedarlah bahawa tanpa kami semua, anda tidak mempunyai KAWAN! jadi sedarlah diri dan jadi insan biasa yang berkawan dengan semua orang tanpa memilih atau mengutuk. Saya bukan nak kata diri sendiri betul, saya juga pernah buat salah. Saya bukannya Malaikat yang tidak pernah melakukan apa dosa. Saya pernah juga BERGADUH dengan kawan saya, tapi itu semua kerana salah faham and perangai yang kurang matang. Harap KAWAN awak sedar diri awak jangan bagi kami semua lagi bertambah meluat dengan perangai awak :)
Lots Of Love
Farah Aida Mohamad ♥

